SELAMAT DATANG

Sekadar perkongsian Ilmu, Diskusi, Pandangan, Mutiara kata dan renungan utk sama-sama kita ambil iktibar..."Ilmu bukan Sekadar menerima tetapi berfikir"

Sunday, March 7, 2010

~~ AnUgRaH ~~

Terlalu Banyak anugrah Allah SWT pada kita....
Tidak terhitung dan terbayar oleh kita jika dihimpunya...
Tapi berapa ramaikah yg menghargai dan mensyukurinya... 
Lantaran terpedaya dgn dunia....

 Kecantikan itu adelah anugrah dr Allah SWT ke pada kita yg Patut dipelihara...
Sepertimana kita menjaga anugrah yg manusia kurniakan....
Begitulah juga kita perlu memelihara anugrah dr Allah lebih dr segalanya...
Menjaga kurniaan Allah ni bukan sesuatu yg mudah...
Kerana nilai nya terlalu mahal utk dibayar oleh manusia...

Sepertimana anugrah iman dan islam...
Anugrah Iman itu hanya dikurniakan kepada manusia hanya sekali..
Andai kita x mampu utk menjaganya...
Maka Allah akan ambil kembali tanpa kita sedari...
Maka peliharalah ianya sementara masih ada pada kita...

To Be continued....






Saturday, March 6, 2010

UmUr iTu aMaNaH



Imam Ali berkata, "Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya."

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum..,Jalanilah hidupmu sehingga tibanya saat kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.."

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah singkat. Bermula dari kelahirannya dan berakhir ketika disapa sakaratulmaut. Akan tetapi, bagi mereka yang hidup untuk perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari Allah menciptakan Adam dan berakhir tatkala DIA memusnahkan alam ini!!"

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dari Jabir RA juga ada meneyebut, "sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya."
Buat sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir, jangan terlalu gembira dengan keseronokan dunia, tapi zahirkan rasa gembira kalian dengan memanjatkan setinggi kesyukuran buat ALLAH SWT yang memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas di alam ini  serta mengecapi seribu kenikmatan yang sememangnya milikNYA yang abadi... Semoga peningkatan usia kita lebih mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Khaliq.., kerana semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju satu ketetapan..,yakni kematian.
Salam Mujahadah..  ^_^ 

Wednesday, March 3, 2010

Ke Indahan...

" keindahan yang hanya dimata tetapi tidak dihati....Allah swt amat suke kepada yg indah kerana ia jelmaan dari Keindahan dan keagungan zat milik Allah SWT yg tiada tara... tetapi jgn mudah terpedaya pada keindahan yg di jelmakan oleh manusia kerana semua itu bersifat sementara.. tidak salah mengagumi dan memuji... tp tidak utk diagungkan kerana keagungan itu hanya Milik Allah swt.... sebaik2nya bersyukur dgn anugrah keindahan itu.. tetapi biarlah ianya bukan sekadar indah dipandangan mata, yg sebaik2nya biarlah keindahan Akhlak itu yg utama....."

Monday, March 1, 2010

T.E.M.A.N


Apabila kau ingn berteman,
Jgnlh pandang pd kelebihanya,
Krn dgn 1 kekurangan,
Kau akn menjauhinya.

Andai kau ingn berteman,
Jgnlh pula dinilai kebaikkanya,
Krn mgkn dgn 1 kelemahan,
Kau akn menjauhinya..

Andai kau ingn berteman,
Jgnlh diuji ilmunya,
 Krn apabila dia buntu,
Kau akn menyisihkanya..

Andai kau ingn berteman,
Terimalah dia seadanya,
Krn dia hanyalah insan biasa,
Sama sepertimu jua...

Jalinlh hubungan krn ALLAH,
Moga hubungan yg dibina
Sentiasa diberkatiNYA..

Renungkanlah.... :-)

Dunia Negara Ujian...


Dunia ini adalah ujian bagi orang-orang yg sedar akanya,,

Kesihatan itu ujian,
kekayaan itu ujian,
Keturunan itu ujian,
Pangkat dan darjat itu ujian,
Umor yg panjang juga ujian,
Kemiskinan juga ujian,
Ilmu juga ujian,
Kesakitan itu ujian,

Hakikatnya semua yg terjadi pada manusia itu adalah ujian..

andai sakit ujianya kesabaran,
andai sihat ujianya kesyukuran,

Firman Allah yg bermaksud::
" Andai kamu bersyukur..akan aku tambah nikmat kepadamu, andai kamu kufur, ingtlah azabku amat pedih"

ujian iman..ujian akal, ujian hati,ujian ibadah,ujian keikhlasan....dunia ini ujian..

andai lulus cemerlang Syurgalah tempatnya..
andai gagal...maka Nerakalah tempatnya...nauzubillah...

marilah sama2 kite hadapi ujian ini dgn rasa penuh kehambaan kepada Allah..
semoga kita tergolong dr golongan org-org yg Allah janjikan syurga..insyallah..amin..

T.A.B.A.H

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)Smile

D.O.A

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, 
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, 
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. 
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... 
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. 

T.R.U.S.T.E.D

Kehidupan Didunia ini Mmg Penuh Dgn Cabaran dan Ujian..
Bagi yg Lemah pastinya Tewas dan ditindas..
Bagi yg Gagah akan terus Berkuasa dan menindas..
Begitulah Lumrah Dunia saban hari..
Penuh kekejaman dan penindasan...
Tanpa IMAN..pastinya goyang dan hanyut dgn sedikit habuan keseronokan dunia yg penuh tipu daya.....
Dunia hanya sementara...tidak lebih dr dedaun yg hanya cantik ketika musim bunga...
dan gugur ketika musim luruh...

Hidup ini..Bukan untuk mencari kepercayaan Manusia semata-mata...
Tetapi lebih dari itu...
Kita Hidup untuk mencari kepercayaan Allah bahawa::...
Hidup kita...Perjuangan Kita..Pekerjaan Kita...Keluarga kita...Makan minum kita...Ibadah kita...
Semuanya Kerana utk mencari keredhaan ALLAH...
Mengharap Syurga Allah....
Mendamba Kasih syg Allah..