SELAMAT DATANG

Sekadar perkongsian Ilmu, Diskusi, Pandangan, Mutiara kata dan renungan utk sama-sama kita ambil iktibar..."Ilmu bukan Sekadar menerima tetapi berfikir"

Sunday, February 28, 2010

K.E.S.E.D.A.R.A.N

Hidup tidak perlu menongkah fitrah..fitrah telah ditentukan sejak bermulanya peristiwa "tiada itu ada"..Al-Khalik telah mengatur segalanya.. apa yg perlu, turutilah fitrah itu dengan sebenar-benarnya. .sesungguhnya jalan & panduan telah ada, terpulang pada kita samada memlilih untuk mengikutinya atau sebaliknya.. menurut pada hati, akan banyak timbul keraguan..bersandar pada akal fikiran, banyak kesesatannya. .berpegang pada prinsip, tetapkah pendirian..berpegang pada kebenaran, benar lah kesudahannya. . kebenaran adalah kenyataan yang tiada cacat celanya..yang benar itu pada Al-Quran... yang nyata itu pada As-sunnah..

Monday, February 22, 2010

~~Bak Air Mengalir~~...


Wahai manusia...
Jadilah kita seperti mengalirnya air dari puncak gunung..
Jauh perjalananya, banyak halanganya,
Walau bebatuan, jeram dan likuan,
Namum itu bukan menjadi penghalang,
Penuh keazaman dan kecekalan,
Lembut bukan bererti lemah,
Lambat bukan bereti kalah,
Kerana sunnahtullahnya begitu,
Matlamatnya jelas,
Menuju kemuara,
Memberi manfaat pada seluruh mahkluk,
Disetiap laluanya,
Alangkah Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah.
Subhanallah..

(D.I.N.K)

Sunday, February 21, 2010

Pencinta ALLAH ialah :

" Seorg hamba yg menceraikan dirinya drp gigitan nafsu,xkan putus2 mengingati Allah,berdiri menegakan hak2 Allah, dan memandang Allah dgn hatinya. Apabila ia berbicara, ia berbicara dgn Allah, apabila berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Ia bergerak dgn perintah Allah.Diamnya bersama Allah. Maka ianya dgn Allah, utk Allah dan bersama Allah"

Abul qasim Junaid al-baghdadi.

4 P.E.R.K.A.R.A

Sabda Rasululllah S.A.W..

Barang siapa yg mempunyai 4 sifat ini maka celakalah ia..

  1. Orang Yg sentiasa mengenang kebaikan-kebaikan yg pernah dilakukanya.
  2. Orang yg Melupakan terus kejatahan atau dosa2 yg pernah dilakukanya.
  3. Orang yg membandingkan hartanya dgn org yg lebih kaya drpdnya.
  4. Orang yg membandingkan amalanya dgn org yg lebih teruk drp dirinya
moga sama2 kita muhasabah diri di mana kita...moga Allah SWT mengampuni dosa2 kita..amin..

(D.I.N.K)

D.E.M.I M.A.S.A

Demi Masa, Sesungguhnya Allah Bersumpah sesungguhnya Manusia Itu sentiasa dlm kerugian Kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran.. Hargailah masa yg ada... Ingat 5 perkara sebelum dtg 5 perkara :
  • Masa muda Mu sebelum Tua
  • Masa sihat Mu sebelum Sakit
  • Masa lapang Mu sebelum Sempit
  • Masa senang Mu sebelum Susah
  • Masa Hidup Mu sebelum Mati
ingtalah.. sesungguhnya Mati itu benar, alam barzakh itu benar, hari akhirat itu benar, padang mahsyar itu benar, Syurga Itu benar, dan neraka itu benar.. maka semailah benih2 kebaikan di dunia agar pohon-pohon kebaikan dapat dituai di negeri akhirat..insyallah...